Pengetahuan ini digunakan dengan sebaiknya oleh Natur Produkt Pharma dari Poland dalam pengeluaran persediaan herba berbentuk ‘effervercent’. Dengan menggunakan teknologi Eropah, wujudlah rangkaian produk Herbavescent™, rangkaian produk herba dalam bentuk efferversent yang pertama di dunia.
MEMBUAT PESANAN? ISIKAN BORANG INI DAN SAYA AKAN HUBUNGI ANDA!
Friday, June 5, 2009
HerbaVescent - Alluria, Amoura, Rosellia, Amoura dan Metaroot
Pengetahuan ini digunakan dengan sebaiknya oleh Natur Produkt Pharma dari Poland dalam pengeluaran persediaan herba berbentuk ‘effervercent’. Dengan menggunakan teknologi Eropah, wujudlah rangkaian produk Herbavescent™, rangkaian produk herba dalam bentuk efferversent yang pertama di dunia.
Flexa - Untuk Meredakan Kesakitan Sendi
Pilihan Semulajadi Menggantikan Glukosamina & Kondroitin Sendi adalah bahagian penting dalam tubuh anda. Ia menyambungkan tulang-tulang kita dengan fleksibel. Tanpa lutut atau sendi pinggul, pergerakan seperti menaiki tangga bahkan memandu kereta adalah mustahil kita lakukan.
Lindungi Sendi Anda Daripada Artritis
Artritis menyerang secara perlahan-lahan. Berita baiknya, kerosakan sendi boleh dihindari.
Apakah Penyakit Sendi?
Penyakit sendi mengakibatkan penghidapnya sering kesakitan dan hilang keupayaan untuk bergerak. Sendi semakin lemah disebabkan oleh radang, kerosakan yang dikaitkan dengan radikal bebas (Spesies Oksigen Reaktif) dan ketidakupayaan sel-sel sendi untuk mengekalkan polimer menyerap hentakan, tekanan fizikal dan kecederaan lama.
Pilihan Semulajadi Menggantikan Glukosamina & Kondroitin.
Flexa :
Makanan Semulajadi Yang Selamat, Boleh Cerna & Tanpa Alergik
Protein keratin diekstrak daripada wool tulen New Zealand menerusi proses unik Keratec (syarikat bioteknologi New Zealand) yang dipatenkan. Proses berkenaan memelihara struktur asid amino semulajadi keratin dan membolehkan tubuh menyerap kesemua asid amino semulajadi semasa penghadaman.
Boswellia seratta adalah ramuan antiradang paling baik yang melindungi rawan dan tisu-tisu sendi serta merupakan perencat radang yang paling berkesan.
Bagaimana Ia Bertindak?
Flexa membekalkan asid amino penting, peptida dan sebatian sulfurik untuk merangsang penghasilan kolagen dan proteoglikan bagi menghalang kerosakan sendi dan membina ketahanan sendi.
Merencat radang bagi menghalang kesakitan & kerosakan
Radang begitu sinonim dengan kesakitan dan ketidakselesaan. Flexa adalah perencat enzim 5-lipoksigenasa (5-LOX) serta molekul lekatan ICAM dan VCAM yang terlibat secara langsung dalam pembentukan radang.
Menggalakkan binaan glutation untuk meningkatkan tahap antioksida
Anti-oksidan amat penting bagi kesihatan jangka panjang sendi. Flexa membekalkan sisteina, glisina dan asid glutamik untuk membolehkan tubuh mempertingkatkan tahap glutationnya sendiri.
Melindungi sel-sel daripada oksida
Flexa membekalkan anti-oksidan secara langsung kepada sel-sel tubuh untuk melindunginya daripada ancaman ROS (spesies oksigen reaktif atau ajen pengoksida).
Siapa memerlukan Flexa?Daripada warga emas yang aktif, golongan yang jarang bersenam, mempunyai berat badan berlebihan hinggalah kepada mereka yang menanggung kesakitan akibat radang sendi.
Pepta - Merawat Kulit Bermasalah
Lenyapkan jerawat, bintik-bintik hitam, bintik-bintik putih, kesan cela dan kemerah-merahan akibat radang. Pepta menyokong pertahanan semulajadi tubuh dengan membantu menentang bakteria yang menyebabkan jerawat, mengurangkan kemerah-merahan akibat radang dan membantu memulihkan sel kulit rosak bagi mendapatkan wajah licin tanpa jerawat.
Laktoferin
Bahan utama Pepta ialah laktoferin, sejenis protin yang diasingkan dari susu lemu melalui teknologi canggih.
Laktoferin Pepta melalui proses (sedang menunggu hak paten) yang memainkan peranan dalam membantu menyihatkan kulit dari dalam menerusi tiga mekanisma khusus:
Anti-mikrobial : merencat pertumbuhan bakteria
Anti-radang : mengurangkan kemerah-merahan yang menjejaskan kulit wajah
Anti-oksidan : memulihkan sel kulit rosak daripada kesan cela
Cepat Bertindak Tanpa Kesan Sampingan
Terapi moden masa kini lazimnya menggunakan steroid dan anti-biotik bagi merawat jerawat dan radang kulit dan ini membawa kepada beberapa kesan sampingan seperti:
- Kulit dan membran mukus menjadi kering
- Sensitif terhadap cahaya
- Keletihan, sakit otot, sengal-sengal & trombosis vaskular
- Tekanan jiwa dan kemurungan
- Hepatitis & hiperlipemia
Jika dibandingkan dengan rawatan konvensional menggunakan penyelesaian berasaskan antibiotik dan steroid, peranan Pepta didapati lebih membantu.
Dengan meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh, bakteria yang menyebabkan jerawat mampu dikurangkan.
Keputusan Disokong Oleh Ujian Klinikal-
Peningkatan ditunjukkan menerusi pengurangan median sebanyak 71% dalam kulit wajah berjerawat selepas empat minggu dan 95% selepas lapan minggu tanpa mengira faktor jantina, usia atau tahap keseriusan jerawat.
Ceriakan Hidup Anda Dengan Pepta
Masalah kulit amat memberi kesan kepada psikologi.
Perasaan malu, rendah diri, resah dan kurang keyakinan diri akan terus membelenggu.
Pepta adalah penyelesaian semulajadi pertama yang berupaya membantu mengembalikan kesejahteraan fizikal dan emosimereka yang mengalami masalah pada kulit wajah.
Pepta - Membantu menyihatkan kulit wajah dari dalam.
HARGA SEBOTOL :
Muda - Untuk Kelihatan Muda Remaja
Kekal muda! Serlahkan kesihatan dalaman
Rasa Hebat Dan Kelihatan Hebat...
Kulit kita mencerminkan kesihatan dalaman kita, dan kesihatan yang baik dapat melahirkan kulit wajah yang cantik. Kini, kita hidup di dalam persekitaran yang amat mementingkan imej. Penampilan seseorang dapat mengurangkan atau meningkatkan peluangnya untuk mendapat pasangan yang menawan atau kerjaya yang amat diidam-idamkan. Sentiasa kelihatan hebat dan sihat adalah antara elemen penting untuk terus berjaya. Kelihatan muda adalah satu perkara, tetapi rasa muda adalah satu perkara yang lebih utama.
Kecantikan Lahir Dari Dalam
Banyak masalah yang dikaitkan dengan penuaan - struktur kulit yang terjejas, warna kulit tidak sekata, kedut, tidak bermaya dan suram akibat serangan radikal bebas, pendedahan melampau kepada pancaran matahari, radang dan keadaan fisiologi yang tidak seimbang.
Pendekatan konvensional dalam mengatasi masalah penuaan adalah menerusi penyamaran dan melegakan ketidak-seimbangan secara sementara.
Kajian menunjukkan bahawa kedut-kedut pada kulit mula muncul pada usia kita mencecah 30-an kerana penghasilan kolagen dan gentian elastin dalam tubuh, mula berkurangan. Kolagen adalah protein berstruktur utama yang membentuk 35% daripada tubuh manusia dan menghasilkan tisu-tisu sambungan di dalam kulit, tulang, rawan, tendon dan ligamen. Kolagen penting untuk memastikan kemontokan atau ketegangan kulit sementara tugas elastin pula adalah untuk memastikan keanjalan atau kekenyalan kulit. Jika kita kehilangan kedua-duanya, kulit kita akan berkedut dan kendur.
Muda - Makanan Terulung Untuk Anti Penuaan
Muda adalah makanan pertama hasil kejayaan besar dalam bidang sains makanan bagi menukarkan fungsi dalaman fisiologi kita untuk mewujudkan kesihatan yang lebih mantap, sekali gus menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman seseorang.
Muda merupakan penyelesaian terunggul bagi mengembalikan keseimbangan pada tahap sel yang paling dalam, menghasilkan kulit wajah yang berseri tanpa memperlihatkan usia sebenar.
Muda menghadapi penuaan dengan dua cara utama:
Menentang kesan-kesan penuaan.
Melindungi kesihatan luaran dan dalaman daripada ancaman kerosakan.
Glutation - Antioksida Tubuh Kita Yang Paling Berkuasa
Muda adalah sumber makanan yang kaya dengan Sisteina. Sisteina merupakan asid amino penting yang terdapat dalam kuantiti yang terhad di dalam makanan kita dan ia adalah pencetus glutation, antioksida paling berkuasa yang dihasilkan oleh tubuh kita. Glutation meningkatkan penghasilan sel-sel kulit dan memperkukuhkan perlindungan kolagen dan elastin terhadap kesan-kesan kemusnahan enzim-enzim kolagen dan elastin - sekumpulan MMP yang memusnahkan kolagen dan gentian elastin yang mengekalkan keanjalan kulit kita.
Tindakan Empat Kali Ganda Muda
Muda membantu dalam:
Mengurangkan kedut di muka, leher dan tangan - Ujian in vitro menunjukkan yang Muda dapat meningkatkan penghasilan sel kulit baru sebanyak 160% dalam tempoh dua hari (berbanding yang menggunakan plasebo).
Menghasilkan kulit yang lebih tegang, montok dan lembut - Menjadikan kulit kita kelihatan lebih muda, lebih tegang dan lebih anjal dengan mengaktifkan semula sintesis kolagen dan elastin.
Menghilangkan kemerah-merahan akibat radang atau kulit sensitif - Glutation dapat menghapuskan berjuta-juta radikal bebas untuk menentang ancaman radang.
Menjadikan kulit lebih berseri - Mencantikkan dan mencerahkan kulit dengan merangsang penghasilan fiomelanin iaitu pigmen kulit cerah.
Muda Sesuai Untuk Siapa?
Muda ideal untuk kanak-kanak yang masih bersekolah hinggalah ke warga emas. Di samping menyihatkan kulit, Muda juga baik untuk menyingkirkan toksin yang terkumpul di dalam tubuh kita akibat pengambilan makanan tercemar, minuman alkohol, ubat-ubatan dan rokok. Golongan tua harus mengambil Muda kerana antioksida di dalam tubuh mereka semakin berkurangan dan kurang berkesan. Muda juga adalah perlindungan berkesan terhadap penyakit-penyakit seperti Alzheimer’s, HIV dan kanser.
Kekal muda dan sihat dengan Muda
HARGA SEBOTOL :
Immuna
Pelindung Pertama
Pelindung yang dikenali sebagai Laktoferrin ini melindungi kita daripada segala penyakit dan serangan patogen seperti mikrob, yis, kulat dan virus. (Sumber:American Journal of Obstetrics and Gynecology, July 2002).
Laktoferin juga merupakan antioksida yang sangat kuat. Ia mampu mengawal dan memulihkan sistem imun serta melindungi sel-sel daripada peroksidaan lipid.
Makanan Terunggul Untuk Bayi Baru Lahir
Kolostrum penting untuk bayi baru lahir kerana tanpanya, bayi akan mudah terkena jangkitan yang boleh membawa maut. Kolostrum bukan sahaja merupakan sumber pelbagai nutrient seperti protin, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral membantu pembentukkan otot, tulang dan tisu, tetapi ia juga kaya dengan factor imun dan pertumbuhan untuk membantu bayi baru lahir melawan serangan virus dan bakteria.
Jelas sekali bahawa bayi yang diberikan kolostrum, mendapat manfaat amat besar untuk kesihatan sepanjang hayatnya.
Asas Kesihatan Sempurna Ialah Sistem Imun Yang Mampan
- Sering letih dan tidak bermaya.
- Kurang stamina.
- Kurang bertenaga.
- Sering mendapat selsema dan atau sakit tekak.
- Masalah penghadaman atau perut.
- Tekanan darah tinggi.
- Masalah pernafasan dan alahan.
- Masalah berat badan.
- Kulit tidak sihat atau rambut kurang bermaya.
- Sakit-sakit badan.
- Sukar memberi tumpuan.
Tingkatkan kesihatan dan nikmatilah hidup yang lebih ceria dengan Immuna.
Immuna Adalah makanan Terunggul Dan Pelindung Pertama Kepada Kehidupan Berkualiti.
Immuna memantapkan kesihatan di tahap sel bagi menghadapi tekanan, kesan pengoksidaan metabolisma radikal bebas, toksin alam sekitar, mikrob dan virus, tumor dan pelbagai jenis penyakit.
Immuna merangsang keseimbangan dalam fisiologi untuk penyelesaian sebenar: samalah seperti menyiram air pada akar pokok, supaya pokok itu dapat tumbuh subur.
Ramuan Utama Immuna
Laktoferin
Protein pengikat zat besi dengan ciri-ciri antivirus, antibakteria dan antiradang, Laktoferin digunakan dalam rawatan kanser, HIV, herpes, kelesuan kronik, Candida albicans dan jangkitan-jangkitan lain.
Kolostrum dengan 25% of IgG
Sebagai susu pertama yang diminum setelah anak lembu dilahirkan, kolostrum kaya dengan faktor imun yang memberi perlindungan daripada jangkitan virus dan bakteria.
Kolostrum Immuna dengan Imunoglobulin (IgG 25) dihasilkan oleh DMV International dan diambil daripada lembu yang diternak di sebelah utara Amerika Syarikat - Minnesota, Wisconsin dan South Dakota, di mana musim dinginnya panjang dan amat sejuk. Lembu-lembu yang dilahirkan pada musim sejuk mestilah tahan suhu bawah sifar, angin sejuk barat laut serta cuaca dan keadaan lembap di dalam bangsal. Untuk itu, kolostrum lembu-lembu di sini mengandungi tahap IgG25 yang lebih tinggi.
IgG pada tahap 25% (agak tinggi berbanding standard industri.
70% protein bagi membekalkan khasiat yang tinggi.
Tingkatkan kesihatan dan nikmati hidup yang lebih ceria dengan ImmunaTM. Hanya beberapa saat setiap hari!
Immuna - Makanan semulajadi terunggul dan pelindung pertama kepada kesihatan total.
Trimmup - Makanan Berfungsi
Tubuh sihat dengan TrimmUp®
TrimmUp® Uptrend2u™ adalah program penjagaan berat badan yang lengkap. Ia dirumus khas sebagai minuman pengganti makanan yang lazat dan berkalori rendah. Ia mengandungi vitamin penting, protein dan asid amino untuk mengurangkan berat badan secara selamat, cepat dan berkesan disamping mengelakkan rasa lapar yang selalu dikaitkan dengan proses pengurangan berat badan.
Minuman berkalori rendah, dalam bentuk serbuk, diperbuat daripada bahan organik dan semulajadi. Setiap hidangan membekalkan hanya 83 kalori. TrimmUp® Uptrend2u™ tidak mengandungi kolesterol serta rendah lemak.
TrimmUp® mengandungi bahan-bahan berikut:
Soya protein(telah diasingkan) - Protein yang mudah diserap dan dihadam dalam tubuh, membantu tubuh membakar lemak berlebihan bukan otot. Ia juga diketahui boleh mengurangkan kolesterol, mengimbangkan paras hormon dan membantu mengelakkan osteoporosis(kerapuhan tulang).
Lesitin, l-karnitin dan inositol meningkatkan metabolisme lemak.
Serat makanan menolong meningkatkan dan mengawal atur penyingkiran bahan buangan dari tubuh, mengelakan sembelit dan buasir, kanser kolon dan batu karang buah pinggang. Ia juga membantu dalam mengurangkan paras kolesterol.
Vitamin C meningkatkan kadar penyerapan zat besi dan diperlukan untuk gusi yang sihat dan menguatkan sistem imun.
Vitamin E ialah anti-oksidan yang kuat untuk memerangi radikal bebas.
Vitamin B Kompleks penting dalam proses penukaran lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.
Cara dan Tujuan Penggunaan
Mengurangkan Berat Badan
Gantikan 2 hidangan utama dan 2 snek sehari dengan 4 peket TrimmUp® Uptrend2u™.
Mengekalkan Berat Badan
Gantikan 1-2 snek dengan 1-2 peket TrimmUp® setiap hari untuk mengekalkan berat badan.
Menambahkan Berat Badan
Ambil 1-2 peket pada waktu pagi dan petang sebagai snek di samping makanan biasa.
Cara Penyediaan
Tuangkan sepeket TrimmUp® ke dalam gelas kosong.
Tambah 350ml air sejuk.
Kacau dan terus minum.
HARGA SEKOTAK 20 SACHETS:
Kesihatan Yang Hebat Bermula Dengan Kolon Sihat!
Sistem pencernaan manusia adalah sistem yang sungguh kompleks, berfungsi untuk menghadamkan makanan, menyerap khasiat-khasiat makanan dan menyingkir bahan buangan. Bermulanya saat sesuatu makanan memasuki rongga mulut sehingga bahan buangan disingkir daripada tubuh kita, waktu perjalanan ini dinamakan waktu transit. Lebih lama waktu transit ini, lebih lamalah bahan-bahan bertoksid berada di dalam sistem anda.
Selain daripada itu, satu lagi faktor yang penting dalam penjagaan kolon (usus besar) ialah populasi bakteria baik. Koloni bakteria baik ini akan mengawal populasi bakteria penyebab penyakit daripada berkembang biak dimana bakteria ini akan mengeluarkan bahan-bahan toksid seperti radikal bebas mahupun bahan-bahan yang boleh mengakibatkan berlakunya kanser.
Apakah Serat Makanan ?
Serat makanan, terbahagi kepada dua jenis iaitu serat larut dalam air dan serat yang tidak larut. Serat terdiri daripada sel-sel tumbuhan yang sungguh kompleks yang tidak boleh dihadamkan atau dihadamkan sebahagian sahaja oleh sistem pencernaan tubuh.
Serat makanan bertindak seperti “penyapu”, membersihkan kolon dengan membuang dan meneutralkan, toksin, lendir berlebihan juga menggalakkan pembiakan bakteria yang baik untuk kesihatan kolon yang optima.
Serat tidak larut air akan menambahkan saiz najis dan memudahkannya disingkirkan, menolong mengelakkan terjadinya sembelit dan penyakit kolorektal yang lain. Proses penyingkiran najis yang sihat akan mengurangkan waktu transit untuk penyingkiran yang lengkap.
ClensUp™ Uptrend2u™
Psyllium HuskPsyllium Husk is high in dietary fibre.
β-glucan
FOS (frukto-oligosakarida)FOS ialah bahan prebiotik dan bifidogenik. Bahan ini memberi khasiat untuk perkembangan bakteria baik di dalam kolon dalam mengimbangi populasi bakteria baik untuk kesihatan usus yang hebat.
Barleygrass dan Wheatgrass
Saranan Penggunaan
HARGA SEKOTAK 15 SACHETS :
Alfalfa adalah salah satu dari tumbuhan yang sangat tua dengan rekod penggunaannya seawal 1,000 BC di Timur Tengah. Orang Arab kuno juga memberi alfalfa kepada kuda mereka, menyebabkan kuda mereka lebih pantas dan kuat.
Alfalfa ialah makanan hebat kaya dengan vitamin, garam galian dan klorofil. Ia merupakan sumber makanan seimbang dan telah digunakan beribu-ribu tahun. Alfalfa, secara tradisional dikenali sebagai penyahtoksid darah dan mengimbangkan darah. Ditambah lagi, tumbuhan ini dikenali sebagai anti-radang, diuretik, berkhasiat, tonik untuk perut dan anti-oksidan.
HealUp™ Uptrend2u™
Saranan Pengambilan
Tambahkan satu sudu besar HealUp™ Uptrend2u™ ke dalam segelas air, kacau dan minum. Tiga kali sehari. Boleh diminum pada bila-bila masa.
Penggunaan Lain
HealUp™ Uptrend2u™ juga boleh mengurangkan kesakitan gastrik.
HARGA SEBOTOL :
Oxylife
Pendapat Saintis Mengenai Oksigen
“Kekurangan oksigen dengan jelas memainkan peranan penting sebagai penyebab sel normal bertukar menjadi sel barah”. Dr Harry Goldbatt, Jornal of Experimental Medicine
Oksigen - Elemen Penting Dalam Meneruskan Kehidupan
Oksigen merupakan elemen penting dalam meneruskan kehidupan, menjana tenaga kepada setiap sel. Oksigen adalah bahan utama di dalam fungsi fisiologi kita. Contohnya, tubuh kita memerlukan oksigen untuk menghadamkan makanan, menyerap zat-zat makanan, serta menyingkirkan bahan buangan toksin.
Malangnya, apabila kita mengamalkan cara pemakanan yang kurang sihat, pengambilan alkohol, pencemaran udara, toksin, dadah atau kurang senaman, sel-sel mengalami kekurangan oksigen, dan seterusnya sistem imun akan menjadi lemah. Apabila aras poksigen berkurangan, ini akan menjejaskan metabolisme sel tubuh dan akan mendatangkan berbagai masalah kesihatan yang lain.
Oxylife Uptrend2u™ Kajian menunjukkan dengan mengambil suplemen oksigen dapat membantu tubuh dalam meningkatkan proses penyerapan zat-zat makanan seperti vitamin dan garam galian, penyingkiran toksin, meningkatkan paras tenaga, kepekaan, dan meningkatkan sistem imun.
Dimport daripada Australia, dengan nilai pHnya menghampiri pH neutral, Oxylife Uptrend2u™ merupakan salah satu suplemen oksigen yang terbaik di dunia. Oxylife Uptrend2u™ produk berbentuk cecair yang berkualiti tinggi kerana ia mengandungi oksigen dwi-atom yang tulen sebagai sumber oksigen.
Saranan Pengambilan
1. Permulaan:
Dewasa - 5 titik per 500ml air
Kanak-kanak 4 tahun ke atas - 3 titik per 500ml air
*Dua kali sehari
2. Apabila badan telah sesuai dengan produk ini - tambahkan sehingga 10 titik maksima per 500ml air. (Kanak-kanak - separuh sahaja). Dua kali sehari.
3. Diambil selepas makan.
Penggunaan Yang Lain
1. Penggunaan luaran pada bengkak, gigitan serangga, terbakar & bisul , basahkan putik kapas, gunakan terus ke atas bengkak/luka.
2. Untuk sakit tekak, tambahkan 1 sudu teh Oxylife Uptrend2u™ ke dalam segelas air dan kumur.
3. Untuk jerawat dan jangkitan bakteria - tambahkan beberapa titik Oxylife Uptrend2u™ dengan air, dan sapukan ke atas jerawat/tempat jangkitan. Penafian: Untuk diagnos atau rawatan sebarang penyakit, sila rujuk kepada pegawai perubatan yang berdaftar.
Omega Plus (Vitamin Untuk Otak)
"Untuk mendapatkan perkembangan otak yang optima janin dan bayi memerlukan Omega-3 yang cukup" William Connor, University Sains Kesihatan Oregon.
Otak terdiri daripada 60% lemak, oleh sebab itu organ ini memerlukan asid lemak perlu (DHA & EPA) dan lesitin (Phosphatidyl Choline) untuk berfungsi secara normal, lebih-lebih lagi untuk bayi dan kanak-kanak.
Minyak Omega-3 diekstrak daripada ikan tuna laut dalam, sumber DHA (decosahexaeoic acid) yang berkualiti tinggi dan EPA (Eicosapentaenoic acid), kedua-duanya adalah bahan binaan penting untuk otak.
Omega-3, bersama Lesitin dari protein soya, diketahui memberikan rangsangan yang sangat berkesan untuk fizikal, mental dan aktiviti glandular.
Asid Lemak Omega-3 menolong dalam:
-->Meningkatkan fungsi otak
-->Meningkatkan keupayaan untuk belajar, menilai dan daya penumpuan
-->Meningkatkan tahap memori, kepekaan mental dan kejelasan fikiran
-->Meningkatkan daya tindakbalas
-->Melegakan tekanan otak dan mental (please delete)
-->Membina ketajaman penglihatan
-->Meningkatkan daya tahan terhadap jangkitan seperti batuk
Saranan Pengambilan2 tablet, 3 kali sehari.
Red Yeast Coffee (Kopi Beras Merah)
Beras Merah
Beras merah merupakan seratus peratus bahan semulajadi, serbuk makanan terhasil daripada proses penapaian Monascus purpureus, sejenis yis ke atas beras. Beras merah ini telah digunakan oleh masyarakat China secara tradisional lebih daripada satu milinium yang lepas di dalam:
- Membantu mengurangkan ketidakhadaman, cirit birit, sakit perut.
- Membantu mengurangkan aras kolesterol dan kolesterol LDL.
- Menggantikan suplemen diet untuk membantu mengurangkan aras kolesterol serum dan juga trigliserida.
- Membantu meningkatkan aras HDL (kolesterol baik)
- Membantu menyihatkan sistem kardiovaskular.
Kopi Beras Merah Uptrend2u™ diperbuat daripada biji kopi yang diimport dan beras merah, adunan yang istimewa ini memberikan rasa kopi yang lazat dan enak.
Saranan Pengambilan
Tuangkan sepeket Kopi Beras Merah ini ke dalam secawan air panas (85°C, 150ml), kacau, dan sedia diminum.
HARGA SEKOTAK 20 SACHETS : RM23.00 (EM) & RM25.00 (WM)