MEMBUAT PESANAN? ISIKAN BORANG INI DAN SAYA AKAN HUBUNGI ANDA!

Friday, June 5, 2009

Flexa - Untuk Meredakan Kesakitan Sendi


Tingkatkan kesihatan sendi tanpa kesan sampingan
Pilihan Semulajadi Menggantikan Glukosamina & Kondroitin Sendi adalah bahagian penting dalam tubuh anda. Ia menyambungkan tulang-tulang kita dengan fleksibel. Tanpa lutut atau sendi pinggul, pergerakan seperti menaiki tangga bahkan memandu kereta adalah mustahil kita lakukan.

Lindungi Sendi Anda Daripada Artritis
Artritis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tanda-tandanya adalah sendi berkeriut, otot kaku, mudah terseliuh, bisa-bisa seluruh badan, kekejangan, tak bermaya dan kurang cergas.
Artritis menyerang secara perlahan-lahan. Berita baiknya, kerosakan sendi boleh dihindari.
Tetapi, jika telah sampai ke peringkat kritikal, ia tidak dapat dipulihkan lagi.

Apakah Penyakit Sendi?
Terdapat dua jenis penyakit sendi. Osteoartritis disebabkan oleh hilangnya kusyen di antara sendi akibat tekanan fizikal. Artritis reumatoid pula adalah penyakit autoimun yang mencetuskan radang pada sendi.

Penyakit sendi mengakibatkan penghidapnya sering kesakitan dan hilang keupayaan untuk bergerak. Sendi semakin lemah disebabkan oleh radang, kerosakan yang dikaitkan dengan radikal bebas (Spesies Oksigen Reaktif) dan ketidakupayaan sel-sel sendi untuk mengekalkan polimer menyerap hentakan, tekanan fizikal dan kecederaan lama.

Pilihan Semulajadi Menggantikan Glukosamina & Kondroitin.
Flexa adalah pengganti paling baik untuk glukosamina dan kondroitin sulfat bagi mengekalkan kesihatan sendi dan menghalang kerosakan rawan.

Flexa :
  • bukan alergenik berbanding glukosamina (ekstrak daripada udang).
  • bukan diperolehi daripada rawan haiwan, tidak seperti kebanyakan ramuan kondroitin (dihasilkan daripada rawan jerung atau trakea lembu).
  • terhasil secara semulajadi daripada gabungan asid amino seperti sisteina, serina dan arginina sewaktu proses penghadaman, tidak seperti ramuan sintetik.
  • membolehkan tubuh menghasilkan glutation - anti-oksida endogen(dalaman) paling berkuasa di dalam tubuh.
tidak memerlukan penstabil seperti sulfat atau HCI kerana ia bersifat boleh larut, boleh cerna, dan merupakan sebatian tak terjejas.
  • memberikan halangan biokimia kerana ia merupakan sumber keratin yang utuh dan tidak mudah dimusnahkan oleh jus gastrik.

  • Makanan Semulajadi Yang Selamat, Boleh Cerna & Tanpa Alergik
    Flexa menggabungkan kuasa sinergi CynatineFlxT iaitu sejenis protein keratin dengan ekstrak terpiawai bostwellia seratta.
    Protein keratin diekstrak daripada wool tulen New Zealand menerusi proses unik Keratec (syarikat bioteknologi New Zealand) yang dipatenkan. Proses berkenaan memelihara struktur asid amino semulajadi keratin dan membolehkan tubuh menyerap kesemua asid amino semulajadi semasa penghadaman.

    Boswellia seratta adalah ramuan antiradang paling baik yang melindungi rawan dan tisu-tisu sendi serta merupakan perencat radang yang paling berkesan.

    Bagaimana Ia Bertindak?
    Makanan tambahan terkini ini memberikan anda kesemua empat fungsi paling utama bagi kesihatan sendi menerusi satu dosej mudah:

    Merangsang tubuh untuk melindungi sendi
    Flexa membekalkan asid amino penting, peptida dan sebatian sulfurik untuk merangsang penghasilan kolagen dan proteoglikan bagi menghalang kerosakan sendi dan membina ketahanan sendi.

    Merencat radang bagi menghalang kesakitan & kerosakan
    Radang begitu sinonim dengan kesakitan dan ketidakselesaan. Flexa adalah perencat enzim 5-lipoksigenasa (5-LOX) serta molekul lekatan ICAM dan VCAM yang terlibat secara langsung dalam pembentukan radang.

    Menggalakkan binaan glutation untuk meningkatkan tahap antioksida
    Anti-oksidan amat penting bagi kesihatan jangka panjang sendi. Flexa membekalkan sisteina, glisina dan asid glutamik untuk membolehkan tubuh mempertingkatkan tahap glutationnya sendiri.

    Melindungi sel-sel daripada oksida
    Flexa membekalkan anti-oksidan secara langsung kepada sel-sel tubuh untuk melindunginya daripada ancaman ROS (spesies oksigen reaktif atau ajen pengoksida).
    Siapa memerlukan Flexa?Daripada warga emas yang aktif, golongan yang jarang bersenam, mempunyai berat badan berlebihan hinggalah kepada mereka yang menanggung kesakitan akibat radang sendi.
    HARGA SEBOTOL :

    No comments:

    Post a Comment