MEMBUAT PESANAN? ISIKAN BORANG INI DAN SAYA AKAN HUBUNGI ANDA!

Friday, June 5, 2009

Muda - Untuk Kelihatan Muda Remaja


Kekal muda! Serlahkan kesihatan dalaman

Rasa Hebat Dan Kelihatan Hebat...
Kulit kita mencerminkan kesihatan dalaman kita, dan kesihatan yang baik dapat melahirkan kulit wajah yang cantik. Kini, kita hidup di dalam persekitaran yang amat mementingkan imej. Penampilan seseorang dapat mengurangkan atau meningkatkan peluangnya untuk mendapat pasangan yang menawan atau kerjaya yang amat diidam-idamkan. Sentiasa kelihatan hebat dan sihat adalah antara elemen penting untuk terus berjaya. Kelihatan muda adalah satu perkara, tetapi rasa muda adalah satu perkara yang lebih utama.

Kecantikan Lahir Dari Dalam
Banyak masalah yang dikaitkan dengan penuaan - struktur kulit yang terjejas, warna kulit tidak sekata, kedut, tidak bermaya dan suram akibat serangan radikal bebas, pendedahan melampau kepada pancaran matahari, radang dan keadaan fisiologi yang tidak seimbang.

Pendekatan konvensional dalam mengatasi masalah penuaan adalah menerusi penyamaran dan melegakan ketidak-seimbangan secara sementara.

Kajian menunjukkan bahawa kedut-kedut pada kulit mula muncul pada usia kita mencecah 30-an kerana penghasilan kolagen dan gentian elastin dalam tubuh, mula berkurangan. Kolagen adalah protein berstruktur utama yang membentuk 35% daripada tubuh manusia dan menghasilkan tisu-tisu sambungan di dalam kulit, tulang, rawan, tendon dan ligamen. Kolagen penting untuk memastikan kemontokan atau ketegangan kulit sementara tugas elastin pula adalah untuk memastikan keanjalan atau kekenyalan kulit. Jika kita kehilangan kedua-duanya, kulit kita akan berkedut dan kendur.

Muda - Makanan Terulung Untuk Anti Penuaan
Muda adalah makanan pertama hasil kejayaan besar dalam bidang sains makanan bagi menukarkan fungsi dalaman fisiologi kita untuk mewujudkan kesihatan yang lebih mantap, sekali gus menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman seseorang.

Muda merupakan penyelesaian terunggul bagi mengembalikan keseimbangan pada tahap sel yang paling dalam, menghasilkan kulit wajah yang berseri tanpa memperlihatkan usia sebenar.


Muda menghadapi penuaan dengan dua cara utama:

Menentang kesan-kesan penuaan.
Melindungi kesihatan luaran dan dalaman daripada ancaman kerosakan.

Glutation - Antioksida Tubuh Kita Yang Paling Berkuasa
Muda adalah sumber makanan yang kaya dengan Sisteina. Sisteina merupakan asid amino penting yang terdapat dalam kuantiti yang terhad di dalam makanan kita dan ia adalah pencetus glutation, antioksida paling berkuasa yang dihasilkan oleh tubuh kita. Glutation meningkatkan penghasilan sel-sel kulit dan memperkukuhkan perlindungan kolagen dan elastin terhadap kesan-kesan kemusnahan enzim-enzim kolagen dan elastin - sekumpulan MMP yang memusnahkan kolagen dan gentian elastin yang mengekalkan keanjalan kulit kita.

Tindakan Empat Kali Ganda Muda
Muda membantu dalam:

Mengurangkan kedut di muka, leher dan tangan - Ujian in vitro menunjukkan yang Muda dapat meningkatkan penghasilan sel kulit baru sebanyak 160% dalam tempoh dua hari (berbanding yang menggunakan plasebo).

Menghasilkan kulit yang lebih tegang, montok dan lembut - Menjadikan kulit kita kelihatan lebih muda, lebih tegang dan lebih anjal dengan mengaktifkan semula sintesis kolagen dan elastin.

Menghilangkan kemerah-merahan akibat radang atau kulit sensitif - Glutation dapat menghapuskan berjuta-juta radikal bebas untuk menentang ancaman radang.

Menjadikan kulit lebih berseri - Mencantikkan dan mencerahkan kulit dengan merangsang penghasilan fiomelanin iaitu pigmen kulit cerah.


Muda Sesuai Untuk Siapa?
Muda ideal untuk kanak-kanak yang masih bersekolah hinggalah ke warga emas. Di samping menyihatkan kulit, Muda juga baik untuk menyingkirkan toksin yang terkumpul di dalam tubuh kita akibat pengambilan makanan tercemar, minuman alkohol, ubat-ubatan dan rokok. Golongan tua harus mengambil Muda kerana antioksida di dalam tubuh mereka semakin berkurangan dan kurang berkesan. Muda juga adalah perlindungan berkesan terhadap penyakit-penyakit seperti Alzheimer’s, HIV dan kanser.

Kekal muda dan sihat dengan Muda

HARGA SEBOTOL :

No comments:

Post a Comment